HUKUM BERMUAMALAH DENGAN BANK-BANK PERDAGANGAN
KEPUTUSAN
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kali ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 di Kedah telah membincangkan Hukum Bermuamalah Dengan Bank-Bank Perdagangan. Muzakarah memutuskan:

1. Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.
2. Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang terdesak.
3. Menyimpan wang di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.
4. Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
5. Menerima berbagai-bagai-bagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.
6. Menyewakan bangunan kepada bank adalah haram.
7. Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram. Dari segi hukum syarak, Lembaga Urusan dan Tabung Haji tidak boleh menyerahkan wang daripada akaun tidak aktif bagi pendepositpendeposit Tabung Haji kepada pendaftar wang yang tak dituntut.
..................................................................................................................
HUJAH DAN DALIL
Secara umum asas-asas pertimbangan perlu diambil kira dalam menentukan sesuatu hukum, antaranya:
a. Sistem kewangan di Malaysia rata-rata berteraskan riba kerana terikat dengan sistem ekonomi dunia yang tidak dapat lari dari mengamalkan sistem riba.
b. Manusia memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan harian seperti makanan, minuman, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal.
c. Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) belum lagi meluas operasinya dan masih dalam peringkat percubaan.
d. Kedudukan ekonomi orang Islam memerlukan pinjaman bank untuk keperluan sendiri seperti membeli rumah dan sebagainya.
e. Agama Islam menggalakkan umatnya berusaha dan jika mereka tidak berusaha, ekonomi negara akan dimonopoli oleh bangsa asing dan umat Islam akan dipandang rendah. Ekonomi mereka juga bergantung pada bangsa asing.
1. Hukum Bekerja Dengan Bank Adalah Harus
Antara alasan yang mengharuskan bekerja di bank adalah seperti berikut:
a. Tidak semua amalan di bank melibatkan unsur-unsur riba.
b. Kekayaan negara akan dimonopoli oleh bangsa asing sekiranya umat Islam tidak terlibat dalam sistem perbankan; dan
c. Keperluan dalam menyara kehidupan. Allah berfirman:
Maksudnya: Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya, dan tidak pula melampaui batas pada benda yang dimakan itu, maka tidaklah berdosa. Sesungguhnya Allah SWT maha pegampung lagi maha penyayang. 2. Hukum Meminjam Daripada Bank Hukum meminjam wang daripada bank dapat dilihat kepada alasan berikut:
a. Resolusi pertama Persidangan Islam anjuran Akademi Penyelidikan Islam di Kaherah pada bulan Mei 1965 mengatakan faedah yang dikenakan atas segala jenis hutang ialah riba yang diharamkan.
b. Resolusi pertama Pertubuhan Persidangan Islam yang mengadakan muktamar di Jeddah pada 22-28 Disember 1985 menyebut, “Setiap pertambahan atau faedah ke atas hutang yang tiba tempohnya sedangkan pemiutang gagal membayarnya, demikian juga tambahan (faedah) ke atas hutang pada permulaan akad; kedua-dua bentuk ini ialah riba yang diharamkan di sisi syarak.”
c. Walau bagaimanapun jika seseorang terpaksa membuat pinjaman atas dasar terpaksa atau keperluan yang mendesak seperti pinjaman membeli rumah yang merupakan asas penting maka diharuskan berdasarkan setakat mana keperluannya. Ini berdasarkan kaedah fiqh iaitu:
Maksudnya: Darurat itu diukur setakat mana keperluannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173: Maksudnya :
Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya, dan tidak pula melampaui batas pada benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa. 3. Hukum Menyimpan Wang Di Bank Hukum menyimpan wang di bank adalah seperti berikut:
a. Menyimpan wang semata-mata adalah harus, contohnya seperti menyimpan dalam akaun semasa, akaun tetap dan pelaburan atas dasar wadiah dan tidak mengambil faedah; dan
b. Menyimpan dengan tujuan mengambil faedah adalah haram. Namun demikian, faedah yang diperoleh daripada hasil simpanan tidak wajar ditinggalkan kepada pihak bank, tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal. 4. Hukum Memberi Sewa Bangunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 pada 11-12 April 1984 tentang persoalan Tabung Haji memberi sewa bangunannya kepada institusi kewangan yang tidak mengikut Islam adalah seperti berikut:
Tabung Haji berkongsi dagang dengan pihak yang menjalankan perniagaannya bukan mengikut lunas-lunas Islam dan menyewakan bangunannya kepada bank tersebut atau institusi kewangan tersebut adalah haram hukumnya. 5. Hukum Memegang (Memiliki) Saham Bank Berdasarkan muamalah yang dijalankan oleh bank maka pemegang saham terlibat dengan muamalah riba yang diharamkan oleh syarak.
Detail di : http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/keputusan_muzakarah/2010/05/3_Fatwa_Ketiga.pdf

Wallahua'alm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan